Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan luahan hati pengasas D'Herbs , Datuk Aliff Syukri, yang menyatakan bahawa dia bermula dari bawah sebelum berjaya mencapai statusnya kini bergelar seorang usahawan yang berjaya.

BACA: KISAH SAYU KEHIDUPAN PENGASAS D'HERBS

Malangnya, ramai yang tidak percaya dan berkata 'Mana mungkin, dia ni kan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi? Takkan bermula dari bawah? Tak cayalah'. Sampai begitu sekali mereka tidak percaya.

Baru-baru ini, Datuk Aliff Syukri yang dikenali dengan tagline 'Terlajak Laris' ini meluahkan perasaannya di laman Instagram. Bacalah, mungkin ia mampu memberikan anda inspirasi untuk berjaya di masa depan.


SAJA nak meluahkan perasaan bila ramai yang tak percaya abang berniaga dari bawah. Biar gambar ini berbicara. 

Waktu ini, saya masih mentah dan masih tercari-cari hala tuju kehidupan berbekalkan SPM yang tidak lulus dan disinilah bermulanya tapak D'Herbs Terlajak Laris, Pasar Tani Seksyen 13 (dulu orang panggil Car Boot Sale).

Selama dua tahun saya di sini tanpa mengenal erti panas dan malu. Waktu itu, umur saya 20 tahun. Disinilah tempat saya bermain dan bermula segala-galanya ye. Saya adalah peniaga pasar, tiada nama dan tiada siapa yang kenal budak hingusan berjiwa besar. Jangan lihat yang manis sahaja sekarang dan apa yang saya ada, tetapi lihatlah kepahitan saya terdahulu.

Saya percaya, untuk berjaya, kita perlulah mempunyai semangat yang kuat, bersifat tawakal dan paling penting ialah kreatif. Di zaman yang serba maju dan moden ini, terlalu ramai orang yang cerdik dan pandai (Abang Terlajak Laris ini buta IT) tetapi berapa ramai orang yang bijak, pandai dan kreatif untuk membawa satu legasi perniagaan?

Apabila anda berjaya mencipta satu perniagaan, anda sekali gus telah membuka peluang-peluang rezeki pekerjaan dan boleh menaikkan taraf ekonomi negara. Ini juga adalah satu jihad.

Oleh itu, saya menyeru kepada anda di luar sana untuk berniaga. Tak kiralah anda nak berniaga tudung, kerepek atau sebagainya asalkan anda berniaga. InshaAllah peluang untuk menjadi jutawan akan terbentang luas untuk anda.

Saya doakan agar apa yang anda rancang akan berjaya. Salam terlajak sayang dari abang terlajak laris.

DATUK ALIFF SYUKRI
Pengasas D'Herbs Terlajak Laris

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top