Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta

PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Sumber dalaman berkata, kedua-dua pengarah itu diarah melaporkan diri Isnin ini.

“Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu pada hari ini” katanya.

Bahri dilihat keluar dari pejabatnya buat kali terakhir pada 6.30 petang sambil melambaikan tangannya kepada media.

Rohaizat ketika ditemui aras bawah Ibu Pejabat SPRM memohon maaf kepada media dan enggan mengeluarkan sebarang komen.

“Minta maaf, saya tiada komen. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn. Bhd.

Katanya, pihaknya tidak ada masa berpolitik tetapi akan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan dan diharapkan oleh rakyat.

Manakala Rohaizad pula  menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top