Gara-gara mulut terlalu lancang di laman Instagram, kini ahli keluarga yang didakwa malas dan tidak membantu membuat persiapan raya mahu mengambil tindakan tegas terhadap chef selebriti, Chef Wan.
Menurut ahli keluarga Chef Wan, @Haunt2, tindakan Chef Wan itu telah mengaibkan mereka kepada khalayak umum.
Menurut @Haunt2, anak-anak Chef Wan juga bersama-sama dan memberikan sokongan kepada keluarganya untuk mengambil tindakan tegas itu.
Bagaimanapun, Chef Wan tetap tegas dengan pendiriannya dan menegakkan apa yang disuarakan olehnya beberapa hari yang lalu di laman Instagram.
Sementara itu, adik kepada Chef Wan, Rosenah Ismail, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan yang mengaibkan itu di laman sosial.
"Sepatutnya sebagai Chef Wan, bapa saudara dan abang yang sulung, jagalah aib keluarga. Semua itu anak saya. Dia sudah tentu ada bilik sendiri. Kami semua tidur di luar. Cuba saya aibkan anak dia, sudah tentu dia marah. Tapi saya tegur anak Chef Wan walaupun buat salah, seperti ibu dan anak," katanya.
Nampaknya, bulan syawal kali ini telah berpaling tadah kepada Chef Wan. Bulan bermaaf-maafan sudah bertukar menjadi bulan saman-menyaman. - THEHYPEMEDIA.COM


