Today experienced, mereka datang ke kedai untuk mencari sepasang kasut. Isteri ditemani oleh seorang suami yang ckup setia dan menghargai pasangannya, dengan diberi kelebihan cacat penghlihatan si suami mengiringi isteri sepanjang memlih kasut.
Ini perbualan antara suami isteri dan aku.
Suami : Awak nak kasut warna hitam pink atau hitam kelabu?
Isteri : Bagi abang mana yang cantik?
Suami : Yang pink ni cantik, sesuai dengan jubah awak.
Aku: Encik saya ambilkan saiz ye, nak saiz ape ye?
Suami: Isteri saya pakai saiz 8, boleh tolong ambilkan?
Aku : (dah ambil kasut), maaf saiz 8 tak ada la, tinggal saiz 9. Cuba try dulu. Ini pun tinggal warna hitam kelabu.
Isteri : Boleh saya try dulu bang (gambar di atas).
Suaminya tunduk dan menyarungkan kasut pada kaki isteri.
Suami : Haa cantik, kena dengan awak.
Isteri : Saya rasa saya nak kasut yang dekat depan tadi, yang saya mula-mula cuba bang.
Aku: Ambil kasut dan bagi akak tu try.
Isteri : Abang, saya nak yang ni.
Suami : Wahhhh! Ini lagi cantik awak pakai (Sedangkan suami dia suka yang awal tadi dan harganya lagi mahal)
Isteri : ABG, SEPANJANG HIDUP SAYA, SAYA TAK PERNAH TAHU SECANTIK MANA KASUT YANG SAYA PAKAI. SEMUA YANG CANTIK DI MATA ABANG, BERGANDA CANTIK DI MATA SAYA. SAYA CUMA DAPAT RASA KESELESAAN KASUT NI SAHAJA.
Aku : Menangis (dalam hati)
Suami: okay kita beli yang ni. Abang bayar sekejap.
- People say "BEAUTY IS PAIN" tapi bagi akak tu dia dah dapat rasa kesusahan sejak azali lagi tanpa mengeluh dan bersyukur seadanya. Nowadays, kita cuma fikir dan kejar kemewahan semata-mata sedangkan mereka dah capai kemewahan yang sebenar.
