Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SHAH ALAM - Azwan Ali hari ini diberikan amaran keras dan dituntut memohon maaf secara terbuka dari Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abullah, kerana menghina bangsa Melayu.

"Dia perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun berbangsa Melayu juga. Dia perlu minta maaf di atas apa yang dia telah buat.

"Saya bagi dia tempoh masa seminggu untuk memohon maaf. Jika dia gagal berbuat demikian, saya akan laporkan pada pihak berkuasa. Sangkut dia nanti," katanya.

Tambahnya lagi, Azwan Ali tidak boleh menghina Melayu itu anjing, Melayu itu neraka. 

"Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi peluang seminggu sebab ini kan bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah sendiri," katanya. -THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top