Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - "Mengapa orang selalu memberitahu saya yang saya tidak keseorang?," tanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang menganggapnya 'rakyat biasa' dan tidak penting.

Tun Dr Mahathir mengakui memang benar beliau adalah seorang rakyat biasa tetapi kini begitu ramai orang yang memberikan dan menyatakan sokongan padu terhadapnya. 

"Apabila saya kata saya bersendirian, ramai orang yang tampil berkata 'Tun tidak bersendirian'," katanya.

Jelasnya lagi, penyokongnya itu bukanlah dibayar dan diupah untuk membuktikan bahawa dia tidak keseorangan.

"Saya lihat di blog sebagai contoh. Dalam satu jam, ada sejuta orang. Adakah saya bersendirian? Entahlah, Nazri tak pernah baca. Saya rasa bagus kalau dia sesekali membaca komen dalam blog saya, dalam WhatsApp dan Facebook," katanya. 

Semalam Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan tidak cerdik yang menyatakan Tun Dr Mahathir tidak berhak berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas itu telah menimbulkan reaksi negatif orang ramai sehingga menganggap Najib sudah tidak boleh ditegur dan jika ditegur, akan turut dibelasah sedangkan undi rakyat yang menentukan mereka berada di kedudukan kerusi empuk pada masa ini. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top