Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

PUTRAJAYA - Sehingga ke hari ini, Kerajaan Pusat masih meneliti kemungkinan menaikkan kadar tol di 16 lebuh raya di Semenanjung.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kontrak mengenai kadar tol yang membabitkan 16 lebuh raya itu telah tamat tempoh pada 1 Januari dan terpaksa menangguhkan kenaikan tol buat sementara waktu selepas kes kebocoran maklumat beberapa minggu yang lalu.

Menurutnya, jika kadar tol tidak dinaikkan, kerajaan dijangka perlu membayar pampasan sebanyak RM580 juta kepada syarikat konsesi tol yang terlibat.

Bagaimanapun, kerajaan perlu membuat pelbagai pertimbangan dalam menentukan keputusan itu termasuklah kemampuan kewangan kerajaan untuk membayar jumlah pampasan tersebut.

"Kerajaan mungkin mampu membayar pampasan, tetapi ini akan membelanjakan dana pembangunan kerajaan. Keadaan ini bermakna projek pembangunan lain termasuk pembinaan jalan raya di Kelantan, Sabah dan Sarawak mungkin menjadi mangsanya," katanya.

Keputusan itu juga perlu diambil kira sama ada akan menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan pelabur asing. 

Dalam masa yang sama juga, kerajaan juga mempertimbangkan bebanan yang akan ditanggung oleh rakyat. - SINCHEW DAILY/THEHYPEMEDIA.COM




About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top