Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bantuan Khas sebanyak RM500 dan juga kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan dinaikan RM300 dari RM180 sebulan.

Pengumuman itu dibuat di perhimpunan bersama penjawat awam, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawahsahaja.  Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015.


"Bagi membantu meringankan beban penjawat awam, saya umumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada 25 Jun ini. Perbayaran ini melibatkan kos RM1 bilion," katanya sebelum mengakhiri ucapan.

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan dibayar kepada penjawat awam dari gred 54 ke bawah pada 25 Jun ini sebagai bantuan persediaan menghadapi Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. 

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta gaji minimum penjawat awam dinaikan kepada RM1,200 sebulan dari RM900 bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. 

CUEPACS juga turut meminta agar elaun rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseragamkan berikutan kadar sewa rumah pada masa ini agak tinggi. - THEHYPEMEDIA.COM



About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top