Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa sedih dengan rakyat yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP/GST), tetapi diam + gembira apabila menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

"Kita harus memahami, bukan hasrat kerajaan mahu menyusahkan rakyat. Kita (kerajaan) memperkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300. Malangnya, bila (golongan layak) dah dapat duit, ramai yang senyap. 

"Sebaliknya, jika barang naik (harga) sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan 1% hingga 3%, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan dan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) mengurangkan harga barangan dan tambah 6% tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah 6%,” katanya.

Dalam ucapan itu juga, Najib meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan peniaga terbabit termasuk menghadapkan mereka ke mahkamah dengan kadar segera.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top