Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Gambar keratan akhbar Ismail Sabri membuat 'kenyataan panas' tersebar di laman sosial dan kini menjadi bahan bualan para netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengannya.

Keratan akhbar The Daily Express itu tersebar meluas dan ramai yang mengkritik kenyataan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani itu kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap terlalu terdesak mahu mempertahankan Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.


"Umat Islam yang tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan kes pembunuhan model antarabangsa, Altantuya Shaariibuu, bermakna mereka juga tidak percaya pada Allah,"

"Najib telah mengangkat sumpah sebanyak tiga kali, dan sepatutnya rakyat beragama Islam percaya padanya (Najib)," katanya.

Reaksi netizen pula kebanyakan hanya mampu mengelengkan kepala dan menganggap itu adalah kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang menjawat jawatan menteri.

"Lagi seorang menteri nak jadi Ahmad Maslan, sampai bila pemimpin kerajaan ini nak berhenti dari mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menunjukkan diri mereka tidak cerdik?" keluh netizen.

Ekoran dari kenyataan yang tidak cerdik itu tersebar, netizen kini mula menyerang laman Facebook Ismail Sabri.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan balas yang dikeluarkan oleh menteri terbabit.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top