Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia dalam keadaan seperti bersujud selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4, Jalan Sungai Choh ke Sungai Buaya, di sini, 5 petang semalam.

Mangsa, Amirruddin Yaakub, 38, yang bekerja di kilang kenderaan di Sungai Choh di sini, bergesel dengan lori menyebabkan motosikal ditunggang terbabas.

Jurucakap polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, mangsa dipercayai terbabas selepas cuba memotong lalu bergesel dengan lori yang mahu memasuki simpang Taman Kosaso di sini.

“Mangsa yang menghala ke Sungai Buaya hilang kawalan dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top