Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


JAKARTA - Keindahan alam bawah laut Indonesia semakin hari semakin rosak kerana penangkapan ikan dengan menggunakan bahan peledak masih terus diamalkan di beberapa wilayah perairan negara itu.

Para nelayan yang terbabit seakan-akan tidak tahu akan impak bahan letupan yang digunakan itu akan merosakkan keindahan laut Indonesia menyebabkan pelbagai jenis hidupan laut kian terhapus.

Wakil Kepulauan Selayar Sulawesi Selatan, Saiful Arif berkata, kes terakhir yang dikesan menggunakan bahan peledak di Kepulauan Takabonerate pada tahun 2013 dimana pelakunya adalah nelayan Malaysia.

Menurutnya, penangkapan ikan menggunakan bahan peledak telah merugikan sektor perikanan negara itu kerana secara tidak langsung kesan bahan letupan itu telah menghancurkan ekosistem dan sumber laut.

"Pengeboman itu juga telah menghancurkan sumber kehidupan dan ekonomi masyarakat Kepulauan Takabonerate.

"Nelayan Malaysia juga semakin cerdik menggunakan bahan letupan tersebut. Mereka meletupkan bom itu dari jarak yang jauh dan aktiviti ini melibatkan sekumpulan kecil nelayan di mana di dalam satu kapal mempunyai 8 orang.

"Dalam satu letupan bom, mereka biasanya memperolehi 5 hingga 10 tan ikan. Impak letupan bom boleh mencapai 50 meter radius dan menyebabkan ikan yang terkena impak bom mati serta merta.

"Setelah melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, mereka dengan sengaja menaruh wang di kapal dan tindakan ini menghina negara kita," katanya.

Mengakui bahawa dirinya terkesan dan terjejas dengan masalah itu, Saiful Arif berkata dia terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara kehidupannya dengan mengusahakan tanaman pokok kelapa. Dalam masa yang sama pihaknya juga terus bekerjasama dengan pihak Angkatan Laut Tentera Indonesia serta agensi lain untuk memantau perairan negara dan melaporkan terus jika terdapat kegiatan penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top