Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Aku tengok, ramai sangat post pasal kahwin zaman study ni dan rasa terdetik nak kongsi sesuatu.

Aku tengok ada kawan masa sem 2/3 dah kahwin. Bila tengok latar belakang family, anak orang senang atau anak bongsu. Kakak abang dah kahwin, mak ayah kerja bagus. So aku taklah hairan kenapa ada yang mampu kahwin awal.

Jiran aku yang juga kawan sepermainan dari kecil, masuk universiti di utara sama batch dengan aku (2010), masuk tahun kedua, dia bagitau nak kahwin dengan BF dia yang satu kos.

Aku sebagai kawan membantah, sebab kami berdua cuma asal kampung dan anak perempuan sulung. Adik-adik masih sekolah, mak ayah cuma kerja kampung. Kami pernah janji lepas grad, nak kerja, nak belikan macam-macam untuk family.

Kawan aku ni desak parents dia supaya setuju kahwinkan dia. Aku menangis bila dapat tahu ayah dia pajakkan tanah semata-mata anak desak nak kahwin.

Belah lelaki itu pun tak mampu nak tolong sebab lelaki itu pun student. 

Hari nikah dia, aku lihat mak dia menangis dan aku tahu mak dia sedih sebab anak yang jadi harapan, sanggup membelakangkan family. Malah, mak dia sendiri pesan kat aku, habiskan belajar dulu.

Sekarang, Alhamdulillah, kami dah grad. Semasa family aku nak berangkat ke UPM untuk tengok aku grad, mak dia cuma mengalirkan air mata dan berkata,

"Dulu kakak janji nak bawa keluarga tengok dia grad. Tapi sekarang dah lain. Makcik tak ada duit nak jalan jauh,".

Aku cukup sedih lihat mak dia yang aku anggap macam mak sendiri sebab berjiran dari kecil.

Sekarang, kawan aku tu dah jadi suri rumahtangga. Suami tak bagi kerja dan mak dia sendiri bagitau anaknya dah jarang nak call. Apatah lagi nak balik. 

Mak ayah yang mengharap anak sulung untuk jadi pembantu keluarga, kini terpaksa bekerja keras untuk sara anak-anak lain walaupun kudrat makin tua. Tanah yang dipajak itu pun masih tak dapat ditebus.

Nasihat aku, memang bagus kau nak kahwin awal tetapi tengoklah dulu family kau macam mana. 

Kalau kau harapan mak ayah, tangguhkanlah dulu hasrat itu. Percayalah kalau kita berbakti kepada mak ayah, insha Allah urusan jodoh itu Allah mudahkan bila tiba masanya nanti. 

Masuk universiti, tetapkan niat. Bukan sibuk nak kahwin memanjang. Renung-renungkan..


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top