Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Heboh di laman sosial akan tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi yang dikatakan bakal menimbulkan kemarahan rakyat.

Pembelian yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu berkata, tindakan kerajaan itu seperti tidak mempedulikan 'penderitaan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang makin meningkat serta terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST mulai 1 April depan.

"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam sidang media berkenaan, Rafizi turut mendesak agar Perdana Menteri membatalkan pembelian jet itu dari terus membazirkan wang kerajaan. 

Sementara itu di media sosial, netizen juga menuntut penjelasan dari Perdana Menteri akan pembelian jet peribadi tersebut yang dilihat bukan satu kepentingan yang perlu dilakukan pada masa ini.

"Zaman Tun Mahathir pun sanggup jual semua jet-jet peribadi negara dan hanya tinggalkan satu jet saja di saat negara mengalami kegawatan ekonomi. Sekarang? Sudahlah hutang negara cecah ratusan billion (almost trillion), ditambah lagi dengan jet peribadi dengan kos penyelenggaraan yang mahal," kata netizen yang prihatin.

Namun, berlainan nada pula dari seorang lelaki bernama Ailias Azizan yang memberikan sindiran mendalam kepada Perdana Menteri,

"Kau tahu apa? PM kena ada banyak jet, barulah negara lain hormat. Takkan PM nak naik AirAsia? PM kenalah nampak gah dan nampak kaya. Rakyat miskin, pergi mampuslah. Kita sebagai rakyat kena sokong sebab kerajaan dah banyak membantu rakyat. Tak tengok ke rancangan Bersamamu? Habis semua si miskin dia dah tolong. Cukuplah beri beras sekampit. Boleh buat makan sampai 10 tahun apa? BR1M tu, tak cukup lagi dia bagi 3 4 ratus seorang. Takkan tak boleh beli barang dapur untuk 5 tahun. Rakyat yang tak reti berjimat dengan segala bantuan kerajaan lagi nak tuduh kerajaan tak berjimat? Tak tengok ke negara lain? Minyak 3 juta seliter. Kita RM1.90 seliter pun tak nak bersyukur lagi," katanya.

Apa pandangan anda?

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top