Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Miri: “Dalam keadaan kesakitan, saya tumbuk mata buaya itu berulang kali hinggalah ia melepaskan gigitan,” kata Muliana Malla, 40-an, ketika menceritakan detik cemas seekor buaya menggigit pinggulnya dalam kejadian di Kuala Sungai Suai, Batu Niah di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika lelaki warga Indonesia itu membasuh tangan di sungai berkenaan sebelum reptilia sepanjang dua meter itu tiba-tiba menyambar pinggulnya.
Muliana berkata, sebelum kejadian dia ke sungai berkenaan sebaik pulang dari tempat kerjanya di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari lokasi itu.

“Keadaan air ketika itu tenang sebelum tiba-tiba seekor buaya muncul lalu menyambar pinggul saya. Saya kemudian diseret sejauh dua meter ke tengah sungai menyebabkan terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.

“Saya cuba melawan, tetapi buaya itu terus mengganas. Selepas itu, tangan kanan saya pula digigit menyebabkan terpaksa mengerah kudrat menggunakan tangan kiri untuk menumbuk mata buaya itu.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top