Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


GST, sehingga ke hari ini tiada siapa yang benar-benar memahami GST 100% termasuklah pegawai Kastam itu sendiri. 

Ceramah sana sini, taklimat sana sini, bila diajukan soalan, pegawai Kastam yang beri ceramah pun binggung tak dapat memberikan jawapan. 

Harapkan iklan di kaca televisyen, media cetak, semua tak boleh digunapakai sehingga Rafidah Aziz pun kritik Kastam tak reti nak mempromosikan GST. 

Bagi peniaga pula, mereka terkesan dari pelbagai sudut sehingga ada yang berniaga bertahun-tahun lamanya terpaksa mengambil keputusan untuk mengulung tikar selepas ini.

Baca luahan peniaga Melayu yang terkesan dengan GST yang bakal dilaksanakan 1 April (esok) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN);

Bismillah. Gara-gara GST yang akan dilaksanakan 1/4/2015, saya rasa perniagaan yang hampir 10 tahun saya lakukan dengan menyewa kedai di KB Mall bakal kami tutup.

Puncanya, sewa kedai pun kena GST. Supplier baju juga mengenakan caj GST. Takkan kami nak caj customer 12%? 

Sewa kedai bukan makin turun, baru Januari 2015 naik RM300 sebulan. Ditambah pula dengan GST 6%.

Kami hanya peruncit yang tidak layak menuntut GST. Maka timbul perasaan sedih di hati kami. Bukan bangsa lain yang mematikan perniagaan orang Melayu tetapi pemimpin Melayu kita sendiri.

Terima kasih banyaklah wahai PM kesayangan rakyat. Akan ku kenang jasamu dan datin yang mendahulukan rakyat. 

Untuk customer kami, insyaallah kami tak akan berputus asa. Kami akan khabarkan tempat baru kami jika ada rezeki.

Rezeki milik Allah, bukan milik manusia.

Roslina Bt Mat Salleh

_______________________________

Nampak kesannya? Peruncit, keuntungan tak sampai pun RM500,000 setahun. Melayu tindas Melayu. Bangsa lain tepuk tangan.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top