Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

'Maaf, Saya Dah Edit Gambar Awak Untuk XXX'


KUANTAN - Disangka ada pelanggan yang mahu menyewa keretanya, rupa-rupanya berniat jahat dengan menyunting gambar si gadis ini untuk gambar dan video lucah. 

"Apa perlu buat kalau orang buat macam ni kat kite? Dia add saya dan kemudian saya accept dia serta saya promote kereta sewa saya pada dia.


"Kemudian dia balas mesej saya dengan beri salam dan statement seperti dalam gambar. Kenal batang hidung pun tidak. Gambar itu dia ambil dari 'Moment' WeChat atau Facebook, mungkin. Dah biadab betul anjing ini!" kata Bieyla Faira dari Kampong Seberang Balok. 

Berdasarkan gambar, lelaki terbabit mengakui bahawa dia telah menyunting gambar Bieyla  sebagai gambar bogel dan video tidak senonoh. Lelaki itu juga sempat meminta maaf di atas perbuatannya itu.


Inilah antara sebab mengapa para gadis tidak digalakkan memuat naik gambar selfie di media sosial untuk tatapan umum. 

Bagaimanapun, netizen percaya lelaki itu sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan wang dari mangsa dengan beranggapan mangsa kurang pengetahuan mengenai jenayah siber ini.

Justeru, netizen menasihatkan mangsa membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 
.


Cedera Dicakar Kucing Liar



KUALA LUMPUR - "Mengalir air mata ummi bila tengok keadaan Irfan macam ni. Bercelaru fikiran, macam mana boleh terjadi begini?" demikian rintihan si ibu kepada anak kecil yang cedera teruk di bahagian kepala dan wajahnya yang dimuat naik di laman Facebook, Rabu lalu. 

Menurut si ibu, Noora Rakeb, seekor kucing yang dipercayai kucing liar atau kucing jirannya melompat ke arah anaknya dan terus mencakar muka mangsa. 


"Kucing itu lompat dan terus cakar anak saya. Kucing liar agaknya sampai nak 'baham' Irfan. Sakit bila tengok keadaan anak saya begini. Geram rasanya, kasihan anak saya. 

"Kalau saya jumpa kucing itu, saya simbah dengan air panas," katanya geram namun tidak bermaksud benar-benar mahu melakukannya. 


Tambah Noora, akibat kejadian itu, Irfan menerima beberapa jahitan di dahi dan kepalanya kerana luka yang agak dalam. Selain itu, mangsa juga telah diberikan suntikan ubat antibiotik dan tahan sakit. - PIXEL MEDIA







.


'Menyesal Aku Guna Produk Kurus Ini'


Bukan nak menjatuhkan perniagaan orang, tetapi owner ini sudah melampau sangat buat produk yang membuatkan saya menyesal. 

Cukuplah panggil saya Mia, saya rasa tertipu dengan produk ini yang korang semua tidak akan percaya atau akan lebih berhati-hati selepas ini. Jangan fikir nak kurus, guna krim sapu saja terus boleh kurus. Tetapi kesannya pada kulit kita selepas digunakan adalah untuk selama-lamanya yang akan membuatkan kita menyesal tak sudah. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Mula-mula saya tertarik dengan promosi yang diperkenalkan. Saya belilah produk 'I'm Sexy Lady Whitening & Burn' ini dengan harga RM75. Pertama kali menggunakan produk ini, rasa gatal-gatal. Ingatkan kesan dari lotion yang tengah membakar lemak di badan. Saya kongsikan dengan empat orang rakan sebilik. 

Setelah seminggu menggunakan produk ini, saya rasa keadaan kulit saya semakin teruk dan rasa melecur di bahagian kulit. Perkara yang sama juga terjadi pada salah seorang rakan saya. Dua  lagi rakan saya beranggapan mungkin kulit kami sensitif. 

Selepas dua bulan, giliran 2 rakan saya itu pula mengalami masalah yang sama. Gatal-gatal, melecet dan melepur. Setelah membuat pemeriksaan di klinik kulit, Lim Skin Specialist Clinic, Pulau Pinang, doktor mengatakan bahawa ia adalah kesan dari pengguna produk beracun bagi kulit. Kesannya bergantung pada antibodi seseorang itu.


Akibatnya, saya terpaksa menanggung kos rawatan 3 orang rakan saya itu. Mujur ketika itu saya ada simpanan. Beribu ringgit juga habis dibelanjakan. 

Kepada owner 'I'am Sexy Lady', terima kasih kerana telah mencacatkan kulit saya dan rakan-rakan saya. Disebabkan produk anda, saya terpaksa menanggung penderitaan kulit sehingga berparut. 

Kepada yang lain, tiada jalan yang mudah untuk kurus melainkan anda menggunakan produk yang benar-benar sudah ada pendaftaran dari farmasi. Sahabat saya salah seorang kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, produk yang ada sijil KKM pun bukan bermakna produk itu boleh menjamin keselamatan anda dari kesan sampingan produk yang anda gunakan. 

Akhir sekali, dengan rasa yang amat kecewa dan marah, saya ambil produk I'am Sexy Lady' dan selayaknya dibuang terus ke dalam tong sampah. Itulah tempat yang layak bagi produk ini. - Mia | PIXEL MEDIA
.


Bayi 10 Bulan Lebam Ditampar Pengasuh


Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.

Tidak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini sampai begitu sekali. Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dengan baik, apatah lagi memanjat atau nakal. Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menamparmu. Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari kelima ini, bengkak di muka masih belum surut. 

Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat, betapa kuat Nawra menangis, betapa takutnya Nawra melalui hari-hari tanpa ummi dan papa.

Patutlah selama ini Nawra sangat takut dengan orang sekeliling. Langsung tak boleh berpindah tangan dari ummi dan papa, tak boleh sesiapa ambil dan dukung Nawra daripada kami. 

Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi. Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sangat sakit. Tetapi ummi redha dengan apa yang sudah terjadi. 

Kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kami sayang. Ummi tidak mahu dia hilang ibunya kerana ini. Ummi tidak mahu dia melalui hari-hari sepertimu, takut tanpa ibunya di sisi. 

Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marah. Papa ajar ummi untuk melupakannya. Jangan ada dendam supaya hati tenang. Ummi redha, papa juga redha sayang. 

Jangan takut lagi Nawra, walaupun tanpa kami, kau punyai Allah duhai anak. Semoga Nawra sihat selalu dan membesar menjadi anak perempuan yang cerdik serta solehah. InshaAllah. - Nadea Teja | PIXEL MEDIA
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

'Saya Bayar Cukai, Takkan Tak Boleh Rakam Doktor Buat Kerja?'



Saya teringat sebuah peristiwa yang berlaku ketika saya sedang 'on call' di Jabatan Kecemasan. Saya ceritakan semula di sini dengan jalan cerita yang saya ubahsuai dan tokok tambah.

Saya ketika itu, sedang "resusitasi" seorang pesakit di Red Zone. Keadaan agak cemas ketika itu. Red Zone Jabatan Kecemasan di hospital saya bertugas, terletak betul-betul bersebelahan Zon Kuning dalam satu ruang yang sama.

Tiba-tiba saya ternampak seorang waris pesakit (pesakit lain di Zon Kuning) sedang merakam aksi saya dan staf melalui telefon bimbitnya. Saya tiba-tiba menyirap darah dan meminta staf menyambung resusitasi, manakala saya dengan gaun berlumuran darah menanggalkan glove dan menuju ke gadis tersebut.

"Cik, mengambil gambar tanpa kebenaran adalah dilarang, dan mengganggu penjawat awam bertugas adalah kesalahan jenayah! (Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Jenayah))" saya menegur dengan keras gadis tersebut. 

Beliau tergamam, mungkin terkejut kerana terkantoi atau mungkin kerana melihat mata saya terjegil di kala wajah saya di sebalik mask yang dipakai.

"Saya minta telefon cik sekejap untuk delete balik apa yang cik rakamkan atau jika tidak saya akan buat laporan polis!" saya mengugutnya. 

Beliau terketar-ketar menghulurkan telefon beliau dan saya delete rakaman yang dibuat, lantas memulangkan semula telefon tersebut.

"Cik, kalau saya dapati ada muka saya keluar di mana-mana laman sosial, cik tunggu surat mahkamah (Seksyen 233 (1) (B) Akta Komunikasi dan Multimedia). Saya kenal cik dan ibu cik adalah pesakit saya. Guard, tolong bawa cik ini keluar dari jabatan kecemasan," sengaja saya menambah "perisa". 

Pengawal Keselamatan mengiringi gadis tersebut ke luar. Apa beliau ingat saya ini tunggul yang boleh membiarkan beliau berbuat sesuka hati merakam pesakit saya, staf-staf saya dan diri saya sedang menjalankan tugas?

MERAKAM GAMBAR DI KAWASAN HOSPITAL ADALAH DILARANG

Merakam gambar tanpa kebenaran di kawasan hospital adalah sebuah larangan. Ianya common sense, tak perlu ada hitam putih walaupun kebanyakan hospital mewartakannya didalam polisi masing-masing. Ada pihak yang cuba mempertikaikan.

"Hospital tak nak orang awam merakam kelemahan mereka la tu."
"Ala doktor misi sendiri pun ada je ambil gambar."

Walaupun kami boleh menjawab dan merasionalkan, tetapi saya secara peribadi berpendapat, tak perlu pun. Kerana prinsipnya mudah, kamu datang rumah orang, maka hormatlah peraturan rumah orang tersebut. Walaupun peraturan itu nampak nonsense bagi kamu. Nampak fishy, beralasan dsb, bagi kamu. Rumah saya, ada dua tandas. Satu tandas untuk kegunaan ahli keluarga, manakala jika tetamu hendak menggunakan tandas, saya akan tunjukkan tandas kedua. Biadap benar tetamu yang tiba-tiba berkata, "kenapa saya tak boleh masuk tandas yang lagi satu?"

Walaupun hospital adalah bangunan awam sebagaimana pejabat-pejabat dan tempat-tempat awam yang lain, menjadi "awam" tidak bermaksud anda boleh sesuka hati masuk ke mana-mana ruang atas alasan

"Saya rakyat awam, saya bayar cukai, saya bebas mahu ke mana-mana dan berbuat sesuka hati saya."

Sedangkan berurusan di kaunter awam seperti JPJ, JPN dsb pun, had kita di depan kaunter sahaja. Bukannya boleh sesuka hati masuk ke belakang, masuk ke ruang pejabat, stor dsb. Begitu juga perbuatan merakam atau mengambil gambar. Anda tidak boleh sesuka hati mengambil gambar, apatah lagi gambar orang lain tanpa kebenaran seperti staf, waris pesakit lain, atau pesakit lain sendiri.

Sebelum ada yang minta "hitam putih", tanyakan sahaja diri sendiri, sukakah anda jika gambar anda sendiri dirakam tanpa pengetahuan? Sukakah anda, jikalau ibu, ayah, kakak, adik anda sendiri, yang datang kerana kesakitan, diambil gambar secara curi-curi?

Ini belum masuk bab memviralkan lagi. Kadang-kadang kita tak perlu pun masuk bab teknikal: arahan siapa, surat pekeliling mana, akta mana, polisi mana. Sebaliknya cukup jika kita bertanya diri kita, sukakah kita jika kita diperlakukan sedemikian.

Keesokan harinya, apabila tamat on call, saya segera berjumpa Pengarah Hospital untuk memaklumkan kejadian malam tadi. Saya perlu memaklumkannya terlebih awal, sebelum beliau yang terkejut kalau-kalau muka saya dan staf beliau muncul di Facebook.

"Video Doktor Menyiksa Pesakit Sehingga Berlumuran Darah"

Mampus saya nak menjawab. Sebelum apa-apa, baik saya maklumkan bos dahulu. Dalam masa yang sama, saya meminta izin dari beliau untuk oncall-oncall yang seterusnya, saya mahu kuatkuasakan sebuah lagi peraturan di Jabatan Kecemasan, iaitu:

Waris pesakit dilarang berada di ruang rawatan ketika rawatan sedang diberikan.

Ini juga adalah salah satu peraturan di hospital, tetapi kita sering bertoleransi. Selalunya bagi pesakit stabil di Jabatan Kecemasan, kita benarkan seorang waris berada bersama. Mungkin ketika itu pesakit sedang diberikan IV Drip atau sedang menunggu keputusan darah, atau menunggu kesan ubatan. Kita izinkan seorang waris datang menunggu dengan harapan ia menjadi peluang kepada waris tersebut berbuat pahala menjaga ahli keluarganya yang sakit.

Namun berdasarkan pemerhatian saya selaku pegawai perubatan yang sering bertugas di jabatan kecemasan, banyak "masalah" bukannya datang dari pesakit sendiri tetapi dari waris/peneman. Mereka ini, agaknya kebosanan menunggu pesakit. Lalu mata mereka liar menjeling ke sana sini. Tangan mereka gatal memicit-micit skrin telefon. Ada yang bermain permainan video. Ada yang bermesej, Bahkan ada yang tak boleh duduk diam, dia berjalan ke katil sebelah berbual dengan waris lain, dia berjalan mengintai carta pesakit, adjust-adjust speed IV Drip, jenguk ke dalam sharp bin (ya, saya sangat observant). Dan tentulah, ada yang mengambil gambar, video, selfie, wefie dsb.

Pesakit, yang betul-betul sakit (selalunya di zon kuning atau merah), tiada peluang dan masa nak buat benda-benda "lagha" ni. Waris pesakit yang selalunya kebosanan tak tahu nak buat apa. Padahal saya pernah menulis dahulu, sepatutnya pada waktu itulah kena banyak ingat Allah. Orang sakit ini, dekat dengan Tuhan. Mereka "memandang" Allah, dan dipandang Allah. Bukankah lebih baik pada ketika inilah, masa diambil untuk menjaga mereka, mengajak berdoa, mengajak bersabar, mengajak berzikir. Memohon agar Allah mempermudahkan urusan kami petugas kesihatan dalam merawat ibu/ayah/isteri/adikberadik anda.

Tetapi itu jarang berlaku. Sebaliknya semakin ramai yang mengintai-intai mencari kelemahan. Ada sahaja yang tidak puas hati, judging itu dan ini. Sampaikan kidney dish yang ada kesan darah pun mahu "diadukan" di Facebook.

Saya nekad, saya perlu pastikan bahawa diri saya dan staf-staf lain boleh bekerja dengan selesa dan yakin tanpa rasa intimidated. Alhamdulillah, pengarah mengizinkan saya menguatkuasakan peraturan tersebut kerana "itulah yang sepatutnya."

Justeru sejak peristiwa tersebut berlaku beberapa bulan lalu, saya cukup pantang kalau ada waris pesakit menunggu pesakit di ruang kecemasan. Bagi pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan (orang tua yang dependent atau kanak-kanak), saya benarkan seorang sahaja waris menunggu. Manakala untuk pesakit lain, saya memberitahu kepada waris mereka,

"Encik/Puan tunggu di luar dahulu ya, jikalau ada apa-apa perkembangan saya akan panggil masuk ke dalam."

Tiba masanya "defensive medicine" perlu dipraktikkan! - Mohd Syamirulah Rahim | PIXEL MEDIA
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

Bangla Cabul Kanak-Kanak Di Cyber Cafe (9 Gambar)





KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera teruk di bahagian kepala dalam kejadian tengah malam tadi  dipercayai cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12 malam di Rampai Business Park, mangsa yang berusia 12 tahun itu berada di tandas Cyber Cafe K5 dihampiri oleh lelaki yang dipercayai warganegara Bangladesh ini yang didakwa cuba mencabulnya. 

Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri ke luar premis berkenaan lalu melaporkan kejadian itu kepada abangnya yang menjual burger tidak jauh dari pusat siber tersebut. 

Akibatnya, lelaki terbabit telah ditangkap dan dibelasah sehingga berlumuran darah sebelum dilaporkan kepada pihak polis. - PIXEL MEDIA







.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

'TM Ni Memang Puaka! 5 Hari Takde Internet!'


Akhirnya akses ke jaringan internet kembali berfungsi setelah lima hari menyusahkan hidup aku berulang alik ke Starbucks dan rumah Hizam Mohd. 

Mujur aku masih ada data plan pada Hotlink dan juga DiGi. Untuk perkara-perkara kecemasan, aku hanya tethering menggunakan telefon mudah alih. 

Rabu, 27 Januari 2016. Aku mula menghubungi Telekom Malaysia (TM) melalui Twitter rasmi mereka, @TMConnect. Respon agak pantas, pihak TM maklumkan kepada aku nombor laporan.

Khamis, 28 Januari 2016, masih tiada internet dan juga tiada sebarang maklumbalas dari pihak TM menyebabkan aku bertanya sekali lagi pada mereka melalui @TMConnect. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati.

Aku mula mengesyaki router yang bermasalah membuatkan aku membeli router yang baru dengan harapan masalah selesai. Malangnya, sangkaan aku meleset apabila Hypptv dan telefon masih berfungsi namun tiada talian internet. 

Jumaat 29 Januari 2016, internet masih tiada dan buat kali ketiga aku menghubungi @TMConnect. Jawapan mereka? Sama seperti sebelumnya. Apa lagi yang boleh aku jangkakan selain dari jawapan Copy and Paste? 

Ahad 31 Januari 2016, masih tiada internet dan aku sudah malas nak tweet @TMConnect. Andai esok masih begini, aku akan buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Aku buat keputusan untuk pergi ke Big Bad Wolf dengan Intan Payung. Sedang aku memilih buku, terdapat panggilan telefon dari pihak kontraktor/juruteknik TM yang bertanya sama ada aku berada di rumah atau tidak. 

"Saya ada di rumah jam 2 petang nanti," kata aku pada si pemanggil. 

"Oh yeke? Kami kerja separuh hari untuk hari ini," katanya.

"Paling cepat, saya sampai ke rumah dalam jam 1 petang," aku jawab dengan sabar.

"Baiklah, nanti kami telefon encik semula dalam jam 11.55 pagi," katanya. 

Ya, aku suruh Intan Payung 'cut it short' sebab aku tak sanggup untuk menunggu sehari lagi untuk menyelesaikan masalah internet.

12.55, kontraktor/juruteknik TM tiba di rumah. Hasil pemeriksaan mereka, keadaan kabel fiber optik masih dalam keadaan baik. Dia menelefon talian sokongan TM dan mendapati VLAN untuk internet aku hilang. Ya, VLAN untuk talian internet hilang!

Pihak TM buat semula VLAN tersebut dan talian internet kembali seperti biasa. Masalah yang makan berhari-hari akhirnya selesai dalam masa 15 minit. 

Ini memang puaka! Untuk menyemak VLAN masih up atau down, pihak TM boleh saja melakukannya tanpa perlu menunggu 5 hari! Aku tak tahu sama ada perlu menghantar kontraktor/juruteknik untuk menyemak keadaan VLAN sebab kontraktor itu tidak mampu buat apa-apa dari rumah aku. 

Mungkin ada masalah lain selain dari VLAN tetapi kenapa TM tidak semak lebih awal keadaan VLAN sebelum aku perlu menunggu kehadiran kontraktor/juruteknik tiba selama 5 hari? 

TM memang perlu 'upgrade' servis khidmat pelanggan mereka! - Jasdy Syarman | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA





.


Top