Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Akhirnya akses ke jaringan internet kembali berfungsi setelah lima hari menyusahkan hidup aku berulang alik ke Starbucks dan rumah Hizam Mohd. 

Mujur aku masih ada data plan pada Hotlink dan juga DiGi. Untuk perkara-perkara kecemasan, aku hanya tethering menggunakan telefon mudah alih. 

Rabu, 27 Januari 2016. Aku mula menghubungi Telekom Malaysia (TM) melalui Twitter rasmi mereka, @TMConnect. Respon agak pantas, pihak TM maklumkan kepada aku nombor laporan.

Khamis, 28 Januari 2016, masih tiada internet dan juga tiada sebarang maklumbalas dari pihak TM menyebabkan aku bertanya sekali lagi pada mereka melalui @TMConnect. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati.

Aku mula mengesyaki router yang bermasalah membuatkan aku membeli router yang baru dengan harapan masalah selesai. Malangnya, sangkaan aku meleset apabila Hypptv dan telefon masih berfungsi namun tiada talian internet. 

Jumaat 29 Januari 2016, internet masih tiada dan buat kali ketiga aku menghubungi @TMConnect. Jawapan mereka? Sama seperti sebelumnya. Apa lagi yang boleh aku jangkakan selain dari jawapan Copy and Paste? 

Ahad 31 Januari 2016, masih tiada internet dan aku sudah malas nak tweet @TMConnect. Andai esok masih begini, aku akan buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Aku buat keputusan untuk pergi ke Big Bad Wolf dengan Intan Payung. Sedang aku memilih buku, terdapat panggilan telefon dari pihak kontraktor/juruteknik TM yang bertanya sama ada aku berada di rumah atau tidak. 

"Saya ada di rumah jam 2 petang nanti," kata aku pada si pemanggil. 

"Oh yeke? Kami kerja separuh hari untuk hari ini," katanya.

"Paling cepat, saya sampai ke rumah dalam jam 1 petang," aku jawab dengan sabar.

"Baiklah, nanti kami telefon encik semula dalam jam 11.55 pagi," katanya. 

Ya, aku suruh Intan Payung 'cut it short' sebab aku tak sanggup untuk menunggu sehari lagi untuk menyelesaikan masalah internet.

12.55, kontraktor/juruteknik TM tiba di rumah. Hasil pemeriksaan mereka, keadaan kabel fiber optik masih dalam keadaan baik. Dia menelefon talian sokongan TM dan mendapati VLAN untuk internet aku hilang. Ya, VLAN untuk talian internet hilang!

Pihak TM buat semula VLAN tersebut dan talian internet kembali seperti biasa. Masalah yang makan berhari-hari akhirnya selesai dalam masa 15 minit. 

Ini memang puaka! Untuk menyemak VLAN masih up atau down, pihak TM boleh saja melakukannya tanpa perlu menunggu 5 hari! Aku tak tahu sama ada perlu menghantar kontraktor/juruteknik untuk menyemak keadaan VLAN sebab kontraktor itu tidak mampu buat apa-apa dari rumah aku. 

Mungkin ada masalah lain selain dari VLAN tetapi kenapa TM tidak semak lebih awal keadaan VLAN sebelum aku perlu menunggu kehadiran kontraktor/juruteknik tiba selama 5 hari? 

TM memang perlu 'upgrade' servis khidmat pelanggan mereka! - Jasdy Syarman | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA





.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top