Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KELANTAN - Ibu bapa pelajar di Sekolah Hamzah 1, Machang, meminta para guru di sekolah terbabit tidak bersikap garang dengan anak-anak mereka yang berada di Tahun 1, 2 dan 3. 

Surat yang ditulis pada 24 Januari 2016 itu meminta Guru Besar sekolah tersebut menyampaikan perkara itu kepada guru-guru terutamanya yang mengajar pelajar Tahap 1 agar tidak terlalu garang. Ini kerana mereka bimbang anak-anak mereka takut untuk pergi ke sekolah.

"Jika ada masalah di rumah, tinggalkanlah di rumah dan jangan dibawa ke sekolah dan lepaskan pada para pelajar. Saya faham masalah yang dihadapi oleh semua guru tetapi jangan terlalu garang.

"Banyak masalah yang akan timbul dan salah satunya ialah para pelajar akan malas ke sekolah. Biar para pelajar suka/minat dengan guru dan sekolah serta sentiasa mahu ke sekolah," kata wakil ibu bapa pelajar sekolah tersebut. 


Surat itu kini tersebar meluas di media sosial dan rata-rata netizen mempertikaikan kewajaran surat seperti itu dikeluarkan. - THEHYPEMEDIA.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top