Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin hari ini menafikan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape.

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Saya bercakap di atas kapasiti saya, dari sudut pandangan peribadi, bukannya mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya juga menyatakan, sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

"Kami sedang menunggu laporan penuh dan penjelasan dari pakar Kementerian Kesihatan dan jika didapati vape memudaratkan kesihatan makan ia akan difatwakan sebagai haram," katanya, lapor The Rakyat Post.

Awal pagi tadi, media tempatan mahupun online melaporkan vape telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebar di laman sosial. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top