Screenshot perbualan di antara seorang client dan seorang designer mengenai pertikaian hasil kerja yang diberikan tersebar di laman sosial.
Berdasarkan perbualan mereka, client itu tidak berpuas hati dengan tiga design 'proposal' yang dihasilkan oleh designer berkenaan.
Ekoran itu, client terbabit enggan membuat pembayaran seperti yang dipinta oleh designer atas alasan tidak berminat dengan hasil kerjanya.
"Sebab hari itu dah buat deal dan harga pun dah nego. Saya pun dah spend masa untuk siapkan proposed design itu," katanya.
Enggan beralah, client itu menjelaskan dia hanya akan membuat pembayaran jika design yang diberikan itu menepati citarasanya.
Walaupun kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh client tersebut, designer itu masih mampu mengucapkan terima kasih dan tidak memaksanya untuk membuat pembayaran.
Tetapi beliau juga menjelaskan kepada client berkenaan mengenai langkah-langkah berurusan dengan designer.
"Saya just nak explain, kitorang as designer ada step untuk deal bisnes. First step, kitorang akan keluarkan design proposal for client untuk select design yang boleh di develop untuk next step. Sebab itu saya bagi tiga option untuk dipilih.
"Concept seperti inilah yang digunakan untuk semua agency graphic design di dunia ini. Harap pihak tuan faham. Terima kasih," jelasnya dengan sopan dan tenang.
"Saya bagi semua working file yang saya dah buat, fail AI (Adobe Illustrator)," balas designer itu.
"Kira saya terpaksa bayar jugalah ni even saya tak berminat?" soalnya kembali dan dijawab dengan 'Ya'.
Jawapan itu membuatkan client itu tadi membatalkan hasratnya untuk membuat pembayaran.
"Memang world class. Sorrylah bro, memang tak dapat. First tadi macam nak bayar," katanya.
"Tak apalah bro. Jumpa di akhirat nanti. Good luck with your business," balas designer tersebut.
Bagi designer seperti Jamal Jamaludin, setiap urusniaga yang melibatkan design ini perlulah dibayar deposit terlebih dahulu kerana designer mengambil masa untuk menghasilkan sesebuah design mengikut kehendak client.
"For me, first buat vector protrait memang akan minta deposit, sebab duit deposit itu adalah your time buat artwork orang. Then lawa tak lawa, belakang cerita."
Menjelaskan mengapa adakalanya design yang dihasilkan tidak lawa, ianya berpunca dari client itu sendiri.
"Faktor utama sebab tak lawa ialah, customer jangan sesuka hati pilih tema dan citarasa sendiri. Bagi kami peluang untuk memberikan idea dan kreativiti baru. If tak okay, barulah kita brainstorming bersama untuk pemilihan tema.
"Ketika memilih gambar, tolong bagi kerjasama. Ada ramai customer yang tidak tahu gambar low quality dan high quality.
"Sekiranya si designer dapat gambar low kualiti, macam mana mereka nak trace muka hang? Gambar sudah tentu akan pecah. Terpaksa zoom dekat-dekat sebab nak tengok pixels gambar dengan jelas. Itulah sebabnya kadang-kadang design tak lawa sebab customer tak reti bagi kerjasama," katanya.
Sewajarnya, orang ramai harus faham bahawa setiap hasil kerja yang dibuat oleh designer perlulah dibayar mengikut peringkat kerja. Jika tidak tahu langkah-langkah kerja mereka, jangan malu bertanya.
Janganlah bersikap sombong dan angkuh dengan berkata "ini bukan kali pertama berurusan dengan designer" kerana setiap designer mempunyai etika dan langkah kerja mereka berdasarkan standard antarabangsa.
Jika tidak mampu mengupah designer dengan kehendak bermacam-macam, designlah sendiri. - THEHYPEMEDIA.COM