Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Ini cerita semalam.

Anak dijumpai oleh pengawal sekolah di Putrajay dan parents yang datang ke sekolah tersebut.

Saya hantar anak pg atas tangan guru kelas anak terbabit pada jam 7.45 pagi. Lebih kurang pada jam 2 petang, saya mendapat panggilan telefon dari suami yang memaklumkan bahawa anak saya yang berumur empat tahun tiga bulan dijumpai di sebuah sekolah di Putrajaya.

Ada parents yang menghubungi suami saya, kebetulan yang menjumpai anak saya itu kenal dan cam anak saya bersekolah di tadika yang sama dengan anaknya.

Saya terus bergegas ke sekolah yang dimaksudkan itu. Hati berkecai dan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimana anak yang sekecil ini boleh terlepas dan ditemui merayau-rayau di luar tanpa pengetahuan guru tadika?

Anak saya jenis yang tidak pernah dibiarkan bersendirian. Ke mana-mana sahaja mesti bersama dengan saya dan suami.

Orang yang menjumpainya mendapati anak saya dalam keadaan ketakutan dan menangis. Tidak dapat membayangkan apa yang dia lalui dalam perjalananya sampai ke sekolah itu. Allah telah melindungi dia dan dia dijumpai oleh orang yang baik-baik.

Kalaulah dia dijumpai oleh orang yang berniat jahat, tak dapat saya bayangkan. Yang mengecewakan saya, sehingga jam 5.40 petang saya masih tidak mendapat panggilan dari tadika yang mengatakan anak saya tiada di situ.

Saya membuat laporan polis supaya kejadian ini tidak berlaku pada anak orang lain pula di kemudian hari. 

Bayangkan sehingga petang, pihak tadika tidak tahu yang anak muridnya telah hilang dari pengawasannya. Siapa yang harus kita salahkan apabila kita percaya dan hantar anak ke tadika. Walhal anak kita telah hilang dari tadika sejak jam 11.50 pagi lagi.

*ditaip semula untuk siaran di The Hype Media

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top