Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Satu sindiket menjual ratusan Pas Lawatan Sosial (PLS) sehingga RM11,000 setiap satu kepada warga Pakistan di Sabah, berjaya ditumpas dengan penahanan tujuh pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah di negeri itu, Selasa lalu.

Penahan yang disifatkan terbesar di Sabah membabitkan pegawai Imigresen itu dilakukan oleh Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka ditahan di pejabat masing-masing, lima di Lahad Datu dan dua lagi di Kota Kinabalu.

Modus operandi suspek termasuklah menerima sijil nikah palsu daripada 'bakal pembeli' warga Pakistan terbabit bagi tujuan kelulusan PLS Jangka Panjang.

Sijil nikah merupakan bukti penting yang dikehendaki oleh pihak imigresen dari pemohon PLS Jangka Panjang iaitu di bawah kategori pemohon adalah suami atau isteri kepada warganegara Malaysia bagi membuktikan perkahwinan itu wujud.

SPRM juga turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 di rumah salah seorang suspek, dua keping cek bernilai RM175,000 dan RM7,5000 serta beberapa fail berkaitan di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Sindiket ini dipercayai telah mengeluarkan ratusan PLS Jangka Panjang termasuk kepada warga Pakistan sejak tahun lalu dengan harga RM11,000 setiap satu.

Tangkapan dilakukan ekoran terdapat aduan berkaitan terdapat warga Pakistan memperoleh pas tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu.

Kesemua suspek direman antara empat hingga tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum memperoleh PLS Jangka Panjang, pemohon yang bernikah dengan warganegara Malaysia mestilah mendapatkan Pas Khas yang perlu diperbaharui setiap bulan atau PLS jangka pendek (tempoh sah tiga bulan) untuk tinggal di negara ini.

Sedangkan, tempoh sah PLS Jangka Panjang enam bulan, setahun, tiga tahun atau lima tahun itu.

Seseorang yang mempunyai PLS Jangka Panjang dan telah tinggal sekurang-kurangnya lima tahun di negara ini, boleh memohon taraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top