Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Baling: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah mereka di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, di sini, pagi tadi.

Kejadian disedari kira-kira jam 7.40 pagi dengan mangsa Elias Hasan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, mati dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam.

Mayat suami ditemui di depan tangga luar rumah manakala isterinya dijumpai di bahagian dapur oleh seorang penduduk yang baru pulang dari Pekan Kuala Pegang lalu memaklumkan kepada anak mangsa yang tinggal berhampiran.

Difahamkan, dua ekor kambing peliharaan mangsa turut hilang dipercayai dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew mengesahkan kejadian berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top