Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


JAKARTA - Susi Pudjiastuti, Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, bangga dengan hasil usahanya dalam tiga bulan sahaja dapat memburu dan menenggelamkan kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

Susi mendakwa, kebijaksanaannya itu telah menghancurkan industri perikanan Thailand, Malaysia dan Vietnam.

"Sekarang kita telah menghancurkan industri perikanan di luar negeri, tetangga kita itu," katanya semalam. 

Susi mendakwa, 70% ikan di industri perikanan Thailand merupakan ikan milik Indonesia. Industri Perikanan Malaysia dan Vietnam dilihat turut terjejas dengan kebijaksanaan menteri itu.

Dakwanya lagi, industri Thailand, Malaysia dan Vietnam terlebih dahulu menghancurkan Indonesia dengan menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. Tambahnya, banyak ikan yang dieksport secara diam-diam membuatkan industri 'Cold Storage' Indonesia terpaksa gulung tikar.

"Kita tidak perlu sedih, negara mereka hancur, kenapa kita sedih? Kita sudah hancur duluan. Industri cold storage kita sudah hancur duluan," katanya.

Pemilik syarikat penerbangan, Susi Air ini berikrar akan terus memburu kapal asing yang melakukan penangkapan ikan secara haram. 

"Kita belum sukses, tetapi kita berjaya pada peringkat awal. Usaha membanteras kapal asing masih diteruskan," katanya. - THE HYPE MEDIA


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top