Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini sejak awal April lalu.

Pengarah, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata trend peningkatan mula dikesan apabila bilangan kes mingguan penyakit itu melebihi paras amaran iaitu 20 kes seminggu, dengan peningkatan paling ketara berlaku sepanjang bulan Mei.

"Jumlah kes yang direkodkan pada minggu kedua bulan Mei adalah 28 kes, meningkat pada minggu ketiga (41 kes) dan minggu keempat (87 kes).

"Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan untuk menghalang penularan penyakit ini. Mereka dinasihatkan membawa anak yang mempunyai tanda HFMD ke klinik atau hospital dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tanda penyakit HFMD adalah demam selain ruam dan ulser pada mulut, kaki atau tangan.

Pesakit HFMD ringan perlu berehat di rumah dan tidak boleh dibawa ke tempat awam termasuk sekolah, tadika, taska atau rumah pengasuh yang mendedahkan mereka kepada kanak-kanak lain.

Katanya, pengendali pusat jagaan kanak-kanak diminta lebih peka dengan tidak membenarkan pesakit HFMD hadir sebelum disahkan sembuh sepenuhnya, selain memastikan premis mereka sentiasa bersih dan permainan kerap dicuci.

Beliau berkata, HFMD berpunca daripada jangkitan virus coxsackie A16 serta enterovirus EV71 dan penyakit itu merebak melalui sentuhan bendalir hidung, mulut atau najis pesakit yang sudah dijangkiti.

Katanya, sebahagian besar kes HFMD hanya membabitkan simptom ringan dan memerlukan rawatan pesakit luar, namun ada kes yang perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Komplikasi yang boleh berlaku akibat HFMD adalah keradangan pada otak atau meningoensefalitis dan keradangan pada jantung (miokarditis) yang boleh menyebabkan kematian. - bharian.com.my
.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top