Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Subang Jaya: Polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang mengugut untuk meletupkan rumah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius ugutan yang dibuat individu berkenaan.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan pemilik akaun berkenaan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa.

"Saya ingin mengingatkan kepada masyrakat supaya tidak bercakap sesuka hati kerana boleh mendatangkan masalah kemudian hari.

"Individu ini akan didakwa selepas polis mengenal pasti pemilik akaun yang memuatnaik status berunsur ugutan berkenaan," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Puchong di sini, hari ini..

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top