Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Seorang pengguna Facebook, Firdaus Parmin, memuat naik aduan mengenai kecuaian pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai yang didakwa mengabaikan tanggungjawab mereka. 

Difahamkan, adik iparnya, Muhammad Riduwan Parmin,  terlibat dalam kemalangan jalan raya telah dihantar ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan. 

Bagaimanapun, mangsa hanya ditahan selama semalam dan dibenarkan untuk pulang ke rumah oleh doktor yang bertugas. 

"Hantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, warded satu malam. Doktor kata dah boleh discharged. Dah buat X-ray apa semua, tak ada apa-apa. Cuma luka-luka berjahit dan mata bengkak serta condition patient dalam keadaan stabil. 

"Family rasa tak sedap hati terus hantar ke KPJ. Selepas scan satu badan, doktor memaklumkan bahawa dahi retak, tulang pipi retak, ada pendarahan di belakang mata, tulang selangka bahu patah dan jahitan di kepala perlu dibuat semula. Sekarang kena tunggu Doktor Pakar Pembedahan Plastik buat pembedahan untuk membetulkan tulang muka.

"Syabas diucapkan kepada doktor hospital tersebut yang bertugas pada Sabtu 28 November 2015 kerana telah mengabaikan tanggungjawab anda sebagai seorang doktor," katanya. 

Susulan luahan itu, ada individu yang juga berkongsikan kekecewaan mereka dengan tahap perkhidmatan hospital berkenaan selain dari menyarankan Firdaus memfailkan saman terhadap pihak terbabit.

"Hospital itu memang teruk. Dah ramai orang complaint. Diorang buat kerja asal boleh saja," kata netizen. 

Difahamkan pihak hospital tersebut sedang menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top