
KUALA LUMPUR - Berikutan keadaan jerebu yang sedang melanda Malaysia pemohonan maaf telah dibuat oleh Ahli Parlimen Indonesia.
Hamdhani Mukhdar Said yang bertanggungjawab dalam masalah alam sekitar dan hubungan antarabangsa berkata, beliau akan membangkitkan perkara ini di Parlimen Indonesia agar lebih banyak usaha yang akan dijalankan untuk menangani masalah jerebu.
"Saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas jerebu yang sedang berlaku".
"Jerebu ini tidak dapat dijangka kerana musim kemarau berlaku di bahagian Sumatera dan Kalimantan," katanya kepada wartawan.
Tambah beliau, kerajaan pusat Indonesia peruntukan 1$ dan akan disalurkan ke kawasan yang terjejas.
"Kami akan meminta kerajaan menambah lebih banyak peruntukkan untuk membantu memadam kebakaran," katanya.
Aktiviti pembersihan kawasan hutan di Indonesia bagi perusahaan ladang kelapa sawit adalah penyebab berlakunya jerebu di Malaysia - THEHYPERMEDIA.COM
