Dari gambar, sehinggalah ke rakaman video yang dirakam secara curi-curi tersebar di media sosial yang mengundang komen-komen baik dan ada juga yang negatif.
Ekoran tersebarnya video rakaman itu, kekasih kepada penyanyi wanita itu, Akim Ahmad, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Akim, melalui laman Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan amanah yang telah diberikan kepada pegawai di pejabat Jabatan Agama Islam di Johor.
"Privacy orang jangan dishare. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti, tanpa kebenaran. Sila tampil.
"Pihak yang tidak bertanggungjawab sebarkan lagi. Sebelum apa-apa berlaku, saya rasa lebih baik yang merakam (video itu) tampil. Saya tahu anda bertudung pink," katanya.
Menurut Akim, ibu bapa Stacy telah meminta dan melarang agar pihak Jabatan Agama Islam Johor tidak melakukan sebarang rakaman.
Walaupun perkhabaran Stacy memeluk agama Islam itu adalah baik, namun jika dipinta untuk tidak dirakam dan disebarkan, kita harus menghormati kehendaknya. Cukuplah sekadar kita mengetahui bahawa beliau sudah memilih agama Islam untuk menjadi pegangan dan amalan hidupnya. - THEHYPEMEDIA.COM