Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


NEW DELHI - Pelik, tetapi benar-benar terjadi di mana Polis telah menahan seekor burung kakak tua di atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang warga emas. 

Mangsa, Janabai Sakharkar, 85, membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan perilaku burung kakak tua yang diberi nama Hariyal itu kerana kerap kali melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Menurut Janabai, Hariyal berkelakuan seperti itu kerana anak tirinya, Suresh, telah melatih burung kakak tua itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Janabai.

Polis telah memanggil kedua-dua individu berkenaan termasuklah menahan burung kakak tua terbabit.

Malangnya, semasa sesi soal siasat, suspek hanya mendiamkan diri dna tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa oleh wanita warga emas itu.

Hariyal kini telah diserahkan dibawah jagaan Jabatan Perhutanan. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top