Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Moy Publication, penerbit majalah Ujang dan Apo? dilaporkan telah menutup operasi mereka semenjak semalam.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh kakitangannya, Kartunis Ubi, melalui laman Facebook 4 jam yang lalu telah mendapat 4,672 LIKE dan 1,418 Shares.

Bagaimanapun, puncanya sebenar penutupan syarikat itu tidak pula dinyatakan. Namun, menurut sumber terdahulu menyatakan syarikat Moy Publication terkesan dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semenjak 1 April lalu.

"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun lagenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.

"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela," katanya. 

Dalam kenyataannya yang sedih itu, beliau juga sempat memuat naik kenyataan bekas kakitangan syarikat itu, Ujang Budak Minang, yang pernah dianiaya oleh Moy Publication sehingga kehilangan sumber rezekinya. 

"Rasulullah S.A.W bersabda; "Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: "Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama)." Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih," katanya.


Sementara itu, peminat majalah Ujang dan Apo? meluahkan rasa sedih mereka dengan perkhabaran yang menyedihkan itu. 

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top