KLANG - Susulan tersebarnya kisah mengenai seorang wanita warga emas yang buta pengelihatan di laman sosial, Lembaga Zakat Selangor tampil memberikan penjelasan.
"Maklumbalas kami berkaitan dengan makcik Hendon, 75, yang sedang viral di media sosial sekarang ini. Alhamdulillah, melalui komen orang ramai, ramai yang sudi membantu makcik ini.
"Makcik ini juga telah mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan. Makcik Hendon telah kematian suami semenjak 32 tahun yang lalu. Beliau kini tinggal bersama keluarga anak perempuannya di Sungai Udang, Klang.
"Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor juga ada menyalurkan bantuan kepada beliau namun dihentikan kerana beliau telah mendapat bantuan dari JKM.
"Melihat pada keadaan keluarga anak makcik Hendon yang menjaganya, bantuan zakat akan dipertimbangkan untuk keluarga anaknya yang turut menanggung enam orang anak," kata pengendali laman Facebook Zakat Selangor.
Alhamdulillah, berkat usaha Nasir Runner, tersebarnya kisah makcik ini dan sememang ramai yang tampil ingin membantu. Beginilah cara yang sebetulnya kita menggunakan media sosial. Membantu orang yang benar-benar memerlukan bantuan.
Moga Allah ringankan beban makcik Hendon dan murahkan rezeki Nasir Runner. - THEHYPEMEDIA.COM