Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Peringatan! Jangan berwhatsapp, berfacebook, ber apa sahaja semasa memandu. Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu? Korang mungkin penyebab kematian!

Happened this morning.

Pagi-pagi pergi pasarlah kan, since Jeff tak ada lagi esok (haih, asyik kena tinggal je), hari ini dia request nak makan masak lemak telur itik dengan sambal tumis ayam.

Dalam perjalanan balik, ada sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan. Cara pemanduannya, ya ampun.. kejap ke kiri, kejap ke kanan, lepas itu, perlahan.

"Dah agak dah, ini mesti tengah main telefonlah ni,"

Nampak tangan kirinya sedang memegang telefon manakala tangan kanan pula memegang stereng. Mata dia pula keliru nak tengok yang mana satu.

Saya pun bunyikan hon pada dia dengan tujuan bagi dia sedar. Malangnya, dia boleh pula buat bodoh.

Di hadapan sikit, dia belok ke kiri tanpa memberikan sebarang tanda isyarat. Tahu-tahu, dia belok ke kiri secara tiba-tiba. Kebetulan pula pada masa itu, ada sebuah motosikal lalu di bahagian belakang kiri dalam jarak yang dekat dan lalu..

"BANG!!!!"

Saya pun turut menghentikan kereta secare mengejut.

"Nak turun ke tak nak? Nak turun ke tak? Ah! Turun je lah!"

SubhanAllah. penunggang motosikal yang dilanggar itu tadi rupa-rupanya ada bawa seorang anak kecil didepannya. Kepalanya berdarah, dipeluk erat oleh bapanya. Gadis Myvi itu pula masih berada di dalam kereta, terketar-ketar. Orang ramai juga turut berhenti di tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan kepada lelaki dan juga anak kecilnya.

Saya? Tengok anak kecil itu saja sudah membuatkan hati saya luluh. Kanak-kanak perempuan itu masih kecil, mungkin berusia 4 atau 5 tahun.

Saya pergi dan ketuk cermin kereta gadis itu dan memintanya keluar. Namun dia enggan berbuat demikian.

"Kepala hotak hang! Baik kau keluar sebelum aku tarik rambut kau!"

Dia keluar, sambil tangannya memegang telefon dan menjenguk ke belakang melihat lelaki yang dilanggarnya itu sedang menangis memanggil nama anaknya.

Saya rampas telefon di tangannya, tengok-tengok Facebook di skrin. Dia tengah baca comment rupanya, bukan status dia tetapi status orang. Penting sangat ke?

Dengan tidak semena-mena, aku terus melempang mukanya di situ. Serta merta dia terus menangis. Datang pula seorang lelaki, angkat dan campak dia pada lelaki yang menjadi mangsanya. Dia menangis teresak-esak.

Saya pun tak boleh nak tunggu lama sebab anak saya 4 orang ada di rumah. Kakaknya saja yang jaga. Dah janji keluar 20 minit, ini dah nak dekat sejam.

Saya pergi tengok budak itu sebelum beredar. Alhamdulillah dia dah sedar. Kepalanya berdarah sebab terhantuk. Mujur ayahnya pakaikan helmet. Kalau tak?

Tengok ramai sangat yang nak selesaikan kes. Jadi i pun angkat kaki minta diri.

Tolonglah, tolong jangan salahgunakan teknologi. 

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top