Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Pengalaman kasutnya dicuri ketika menunaikan solat di sebuah masjid, membuatkan pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley mengeluarkan jenama seliparnya sendiri yang diberikan nama CuriDose.

Difahamkan, kasutnya berjenama Louis Vuitton yang berharga lebih kurang RM2,000 itu hilang ketika Jimmy sedang menunaikan solat di sebuah masjid di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun yang lalu.

"Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya. 

"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga akan mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," katanya.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top