Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


DUBAI - Gara-gara majikan enggan membawa ke salon kecantikan, seorang amah bertindak membelasah majikannya selepas seminggu mula bekerja.

Wanita yang berasal dari sebuah negara Afrika dan baru bekerja itu juga turut memukul ejennya kerana tidak membenarkannya keluar mencari majikan baru.

Difahamkan, amah itu meminta majikannya membawa dia ke salon kecantikan untuk meluruskan rambutnya (rebonding).

Majikannya terkejut dan enggan menuruti kemahuan wanita itu menyebabkan mereka bertengkar.

Ejen pembantu rumah, Mohammed berkata, memang dalam perjanjian majikan boleh menyerahkan semula pembantu rumah dalam masa tiga bulan jika tidak serasi dan prestasi tidak memuaskan.

"Apabila majikan menghantarnya kembali kepada kami, wanita itu ditempatkan di pejabat, sementara kami mencari majikan baru atau membeli tiket untuk menghantarnya pulang.

"Tetapi wanita itu keluar dari pejabat untuk mencari sendiri majikan atau kerja lain.

"Saya cuba menghalangnya tetapi dia menyerang dan memukul saya," katanya. - AGENSI

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top