Tujuan saya muat naik masalah ini bukan nak menutup periuk nasi sesiapa. Cuma sebagai peringatan bagi mereka yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2.
Berhati-hati dengan perkhidmatan towing yang disediakan oleh pihak LPT. Kejadian ini berlaku pada akhir bulan April 2015.
Suami saya dalam perjalanan dari Terengganu ke Seremban. Kereta tiba-tiba breakdown di lebuh raya Perasing. Plus bagi nombor towing lelaki yang berbaju hijau itu. Maka ditowinglah kereta tadi sehingga ke Bukit Goh, bengkel lelaki itu juga.
Menurutnya, gearbox kereta suami saya rosak. Memandangkan suami dalam keadaan rushing nak onshore, terpaksa tinggalkan kereta di bengkel lelaki itu dan minta repair apa yang patut.
Beberapa hari sebelum flight suami, lelaki yang bernama Zul ini menghubungi suami dan memaklumkan kereta terlibat dalam kemalangan ketika pandu uji.
Enggan menyusahkan lelaki itu, suami pun bagi cover note untuk cover insurans. Jadi, bila suami sudah naik kerja, sayalah yang ambil alih tanggungjawab menguruskan keretanya yang dibaiki di bengkel Zul ini.
Hampir 3 bulan di bengkel, kereta kami masih tak siap-siap dibaiki. Bila saya call dan tanya bila siap, lelaki ini akan marah dan kata, "bukan kereta awak seorang je saya kena repair'.
Jadi, saya bersabar lagi. Saya nak minta ambil kereta pun susah sangat. Macam saya ini nak sangat kereta dia.
Pada asalnya, dia memaklumkan pada suami, kos baiki RM1,800 sahaja. Namun, apabila dia minta daripada saya, RM4,200. Saya rasa saya dah ditipu. Walaupun bukan ditipu berbilion-bilion, namun saya rasa orang seperti lelaki ini perlu dikenakan tindakan.
Sebelum mengambil kereta, saya buat satu laporan polis. Semasa ke bengkel, saya ditemani oleh dua orang anggota polis. Malangnya, lelaki itu tidak muncul walaupun telah dimaklumkan dan berjanji pada jam 11 pagi.
Jam 7 petang, barulah saya dapat mengambil kereta kami. Itu pun dia tinggalkan kereta di bengkel orang lain. Keadaan kereta saya sangat menyedihkan dan sebenarnya tiada apa pun yang dibaiki.
Dalam pada masa kami menunggu kereta, saya sedar kami diperhatikan oleh gangster.
Sampai sekarang kereta saya belum siap. Tetapi lega sebab telah dihantar ke bengkel yang kita kenal. Menurut pomen yang baiki kereta saya, gearbox asal tidak rosak langsung. Cuma ada mengalami kebocoran kecil sahaja.
Tetapi lelaki yang bernama Zul ini telah mengambil semua barang dalam gearbox itu.
Jadi, kepada pengguna lebuh raya LPT 2, sila berhati-hati. Saya bukan mangsa yang pertama dalam kes ini. Namun, apa tindakan pihak berkuasa kawasan Bukit Goh? - Noru Akmal
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM