Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SIK - "Harga RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter," demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 untuk memberi subsidi bagi menampung baki 10 sen seliter yang tidak dinaikkan itu.

"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter, tetapi kerajaan hanya menaikkan 10 sen seliter," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan Ramdan di Masjid Bandar Baharu Beris, hari ini.

Jelasnya, penjimatan yang diperolehi kerajaan itu hasil dari tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen itu akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat. Ia sama seperti hasil kutipan GST, dimana kerajaan akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. 

Tambahnya lagi, kerajaan tidak boleh mengawal harga minyak kerana harga minyak itu ditentukan oleh pasaran antarabangsa.  - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top