Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


'Saya nak kongsikan sikit kejadian yang menimpa saya pada pagi tadi. 

Penerbangan balik kampung dari Johor Bahru (Senai Airport) ke Kota Kinabalu. Beg saya telah diselongkar dan barang yang hilang ialah 2 biji jam tangan jenama G-Shock bernilai RM1,000+. 

Beg sudah dikunci. Namun, sampai di rumah saja, saya buka beg dan barang di dalamnya berterabur. Saya patah balik ke airport dan buat laporan.

Pada mulanya, pihak pengurusan airport Kota Kinabalu (Terminal 2) enggan bertanggungjawab di atas kejadian ini atas alasan saya sudah sampai ke rumah. Beg memang tidak mengalami sebarang kerosakkan. 

Setelah bertegang urat hampir 30 minit, barulah pihak yang dikenali sebagai 'Lost and Found Department' setuju menerima laporan saya. Itu pun sebagai rujukan sahaja, bukannya untuk tindakan susulan. 

Saya tidak berpuas hati, saya pergi buat laporan polis. Saya meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi pihak airport Kota Kinabalu dan Johor Bahru enggan membenarkan saya untuk melihat rakaman tersebut di atas faktor keselamatan antarabangsa kononnya.

Tolong sebarkan hal ini agar tidak terjadi pada rakan-rakan kita yang lain. - Kiey de Great'z / Oh! Media

Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top