Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


7 jam yang lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik dua gambar resepi nasi goreng terbarunya di laman Twitter.

Nasi goreng campur atau lebih kelihatan Nasi Goreng Mangga dimasak oleh Ahmad Maslan itu sendiri dikongsikan dengan pengikut Twitter beliau.

"Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO,"

Semakin rajin Ahli Parlimen Pontian ini berkongsikan resepi masakan tanpa GST bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa GST tidak membebankan rakyat. 

Nasi Goreng Mangga tanpa GST yang dimasak oleh Datuk Ahmad Maslan dengan senyuman yang penuh keikhlasan ini sudah tentu sedap berkali-kali ganda dari nasi goreng yang biasa kita masak di rumah atau dipesan di kedai makan.

Dengan hiasan hirisan timun di sekeliling periuk yang seakan kubu nasi goreng itu sudah pasti menaikkan selera makan anda.

Mungkin selepas ini, Datuk Ahmad Maslan boleh membuat rancangan 'Masak Tanpa GST' agar rakyat lebih faham kelebihan GST yang dilaksanakan pada 1 April yang lalu.

Sementara itu, reaksi netizen pula menganggap inilah satu-satunya menteri yang rajin memasak berbanding makan di luar, di restoran-restoran atau kedai-kedai mewah. 

Terdahulu, Datuk Ahmad Maslan juga pernah berkongsikan nasi goreng tanpa GST di laman Twitternya. Dan resepinya mendapat 'sambutan luar biasa' dari rakyat. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top