Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Menghairankan apabila di sekitar pam angin stesen minyak dipenuhi dengan paku dan skru berserta dengan nombor-nombor telefon pomen untuk menukar tiub kenderaan.

Seorang Likers Siakapkeli telah berkongsikan kisah ini selepas terjumpa skru, paku dan dawai bertaburan di tampat pam angin di sebuah stesen minyak Petron di Jalan Kg Melayu Subang semalam.

Menurut beliau, dia terperasan ada banyak benda berkilat-kilat berhampiran dengan tempat pam angin tersebut.

"Rupanya-rupanya benda berkilat tersebut ialah paku, skru dan besi tajam yang berselerak. Saya pasti yang melakukan kerja ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang buat bisnes tukar tiub/ tukar tayar/pancit."

"Mustahil kebetulan, sebab gambar ini menceritakan segalanya. Ada banyak lagi skru dan paku kecil berselerakan di kawasan tersebut, dan ini hanya sebahagian kecil yang saya kutip,'' katanya.



Ia berdasarkan terlalu banyak iklan nombor telefon mekanik-mekanik tukar tiup berhampiran pam tersebut seolah-olah ia telah dirancang.

"Saya telah buat aduan kepada pekerja stesen minyak tersebut dan pekerjanya yang berbangsa Indonesia hanya menggelengkan kepala menyatakan sambil lewa tidak tahu menahu akan hal tersebut." tegasnya lagi.




Peringatan kepada semua pemandu tidak kira kereta atau motosikal parking dulu di jarak agak jauh dan tinjau keadaan tempat pam angin tersebut. Pastikan tiada benda tajam. - Siakapkeli.com.my


Kredit:  Hartanah Emas Kuala Lumpur

 

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top