Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



KUALA LUMPUR: Hutang luar negara Malaysia pada tahun ini mengikat sebanyak 300% kepada RM740 bilion untuk suku ke tiga tahun lepas daripada RM196 bilion akhir tahun lalu.

Perkara ini adalah jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Selayang dari PKR YB William Leong dengan mengatakan kenaikan mendadak ini adalah  akibat 'takrifan baru' hutang luar negara.

"Dua pertiga tambahan hutang itu adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara," kata jawapan itu.

Dalam jawapan bertulis itu juga turut memberitahu bahawa jumlah hutang kerajaan pusat semasa mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).


Memetik laporan Astro Awani pada akhir Jun 2013, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8% daripada KDNK.

Menurut Ahmad Maslan, hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

Jelasnya, hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) , Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebelum ini telah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit.

Katanya, definisi hutang luar negara diambil kira bukan dalam denominasi ringgit dan langkah mendefinisikan semula diambil berikutan kemajuan yang ketara dalam pasaran kewangan Malaysia yang dianggap sudah matang. THE HYPER MEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top