Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP telah menghapuskan diskaun 5% beli rumah untuk orang Melayu dengan alasan orang Cina juga membayar cukai serta mendakwa diskaun tersebut menjadi punca rasis di negeri itu.
Penduduk melayu Pulau Pinang yant telah mengundi PAS dan DAP telah menerima notis surat yang memansuhkan diskaun 5% pada orang Melayu dalam pembelian rumah seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan melalui kuasa kerajaan negeri.
Orang Melayu Pulau Pinang kini tidak dapat membeli rumah dengan diskaun 5% lagi.
Slogan yang pernah dilaungkan sebelum kerajaan negeri diperintah DAP seperti 'Ini kalilah', 'Kita tukar!', 'Kita ubah!' telah bertukar menjadi 'bala' diluar jangkaan pengundi Melayu.
Ramai penduduk Melayu Pulau Pinang yang telah mengundi PAS dan DAP terkejut menerima notis berkenaan yang telah diputuskan oleh Exco-Exco DAP Pulau Pinang. Tindakan 'memberikan peluang' kononnya mahu melihat sama ada DAP mampu atau tidak mentadbir Pulau Pinang akhirnya memakan diri mereka.
Antara Exco DAP Pulau Pinang yang terlibat dalam membuat keputusan permansuhan diskaun 5% itu ialah:
1.Chow Kon Yeow DAP hasil pilihan Melayu Padang Kota
2.Lim Hock Seng DAP hasil pilihan Melayu Bagan Jerman
3.Phee Boon Poh DAP hasil pilihan Melayu Sg Puyu
4.Jagdeep Singh Deo DAP hasil pilihan Melayu Datok Keramat
5.Law Heng Kiang DAP hasil pilihan Melayu Batu Lancang
6.Chong Eng DAP hasil pilihan Melayu Padang Lalang
Jika diimbas kembali, penduduk Melayu Pulau Pinang sering kali memberitahu orang ramai pada tahun 2012 bahawa,
"Kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP dan guru Kafa juga terlah menerima RM100 setiap bulan.
"Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tak lama pun," kata orang-orang Melayu Pulau Pinang sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Menurut seorang penduduk Melayu Pulau Pinang, semasa GERAKAN memerintah Pulau Pinang, tidak pernah berlaku perkara seperti ini.
"Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana sepanjang Gerakan memerintah tidak pula pernah terjadi begini. Saya mengundi DAP kerana ramai kata cina juga memerintah apa beza? Tetapi inikah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menunjukkan guru kafa menerima RM100," katanya.
Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, dia mahu kerajaan negeri sediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan
"Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti".
Abdul Rahim Hamid selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera telah berkata "mana kami mampu beli rumah disini, harganya semua dalam RM400k, dulu ada 5% diskaun kira baguslah. Gerakan walau parti cina pun, taklah sekejam macam ni. Sampai diskaun 5% pun DAP mansuhkan. Saya rasa tertipu dengan slogan ini kalilah!" katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata "tidak sangka kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012 kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP".
Jamaludin Hashim merupakan individu yang paling kuat memujuk semua orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP. Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sezalim ini katanya kepada wartawan Sinar Harian.
“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu bagaimana mahu membeli rumah sekarang. DAP hanya berkata jangan risau kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak bermakna lagi"
Iszuree Ibrahim mendesak PAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini. Tetapi kerajaan negeri DAP berkata "PAS diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu sudah setuju dengan dasar dan cara kerajaan negeri Pulau Pinang uruskan jika DAP menang, jadi jangan cuba melawan kami selaku kerajaan disini. Tahukah kami orang cina juga membayar cukai? Mengapa Melayu saja ada diskaun? Bukankah ini punca rasis?"


