Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Dikala semua orang sedang bersedih dengan hilangnya seorang ulama, lain pula yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan terbarunya di laman Facebook, Ibrahim Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nik Aziz dan dalam masa yang sama juga turut memperlekehkannya.

"Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulama dan digelar tok guru walaupun belia tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelatan.

"Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi Menteri Besar Kelantan lebih 20 tahun," katanya.

Sesetengah perkara yang dibangkitkan oleh Ibrahim Ali memang berlaku tetapi tindakan memperlekehkan orang yang sudah tiada adalah tidak wajar dan dianggap biadab. 

Ekoran dari kenyataan tidak cerdik dari Ibrahim Ali ini, ramai netizen yang mengecam tindakannya itu sekali gus memburukkan imej PERKASA.



About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top