Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Semenjak kes pelajar wanita UiTM maut dikelar oleh kenalan lelakinya di Lebuhraya Plus, viral di media sosial, pelbagai versi cerita buruk mengenai arwah disebarkan untuk menghangatkan lagi cerita.

Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil memberikan penjelasan akan sikap sebenar arwah Nursyuhada.

"Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjadi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan dua minggu lepas.

"Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.


"Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

"Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buat adik arwah Nursyuhada," katanya.

Takziah kepada keluarga Nursyuhada. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. - THE HYPE MEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top