Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) berpendapat kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual 1 April ini di sebalik perubahan dalam ekonomi dan bencana yang menimpa negara.
Timbalan Presidennya Datuk Ter Leong Yap juga berpandangan penangguhan GST bukan jawapan kepada situasi yang dihadapi kerana ia tetap akan dilaksana selain membawa manfaat jangka panjang kepada negara.
    
"Kita mesti bersedia menghadapinya kerana banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan untuk melaksanakan ini (GST)," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
    
Bagaimanapun beliau berharap kerajaan memberi kelonggaran kepada pemilik perniagaan memandangkan pasti berlaku banyak kesilapan dan cabaran pada tahun pertama pelaksanaannya.
    
Leong Yap diminta mengulas mengenai kajian oleh  Grant Thornton International Business Report hari ini yang antara lain menyarankan kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST kepada 1 Julai.
    
Terdahulu dalam sidang media bersempena bantuan bagi mangsa banjir ACCCIM, Leong Yap berkata setakat ini dewan itu mengumpul RM2 juta dalam bentuk tunai dan barangan yang sebahagian sudah diagih kepada pelbagai organisasi bantuan bencana negeri.
    
Fasa pertama bantuan mangsa banjir ACCCIM dilancar pada 30 Disember 2014 iaitu dengan agihan air mineral dan makanan.  

Persatuan turut menghantar barangan keperluan seperti periuk nasi, pakaian dan buku sekolah, lampin dan pakaian bayi, tilam, tuala, generator elektrik, ubat-ubatan dan sebagainya.
    
ACCCIM juga menggerakkan satu pasukan 126 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir membersihkan kediaman dan sekolah.  
    
Leong Yap berkata ACCCIM dan anggotanya akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas banjir mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk geran dan lain-lain daripada SME Corporation bagi meneruskan semula perniagaan mereka. - Bernama

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top