KUALA TERENGGANU: Mulai 1 Januari tahun depan, semua premis perniagaan, termasuk pasar raya diarah menutup perniagaan selama dua jam pada hari Jumaat.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat EXCO minggu lalu.
Katanya, apabila peraturan itu berkuatkuasa pada Januari depan, semua premis perniagaan diminta menghentikan operasi dari jam 12.30 hingga 2 petang.
"Peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan," katanya. - BHarian

