Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



KUALA TERENGGANU – Bekalan sayur kampung dan buah tempatan mengalami pengurangan ekoran banjir berlaku di beberapa daerah membabitkan Kemaman, Setiu dan  pedalaman Besut menyebabkan berlaku kenaikan harga sebanyak 50 peratus.

Seorang peniaga, Wan Minah Wan Mamat, 54, berkata, apabila tiba musim tengkujuh, bekalan sayur dan buah-buahan berkurangan manakala orang ramai khususnya pengguna pula perlu berhadapan dengan peningkatan harga barangan tersebut.

Menurutnya, jika sebelum ini, bekalan sayur-sayur kampung yang dijual mudah untuk diperoleh kerana bekalan diterima daripada pembekal itu ditanam sendiri pekebun sayur termasuk yang tumbuh meliar, tetapi kini bekalan terjejas kerana banjir melanda.

“Sebelum ini seikat sayur kampung pucuk midin dan sedikit campuran sayur kampung lain dijual hanya RM1, tapi kini terpaksa dijual pada harga RM1.50 atau tiga ikat dengan harga RM5. Begitu juga dengan harga daun kesum yang meningkat sebanyak 50 peratus.

“Malah bukan sahaja sayur (kampung), tetapi harga pisang juga turut meningkat iaitu dari RM3 hingga RM3.50 sekilogram menjadi RM5 hingga RM5.50 sekilogram. Kadar kenaikan buah tempatan ini melebihi 50 peratus berbanding kenaikan harga sayur kampung,” katanya yang ditemui di Pasar Besar Kedai Payang.

Sebelum ini, Pengarah Fama negeri Terengganu, Hassan Jusoh dipetik berkata, bekalan masih ada dan harga juga masih stabil, dan jika berlaku kenaikan sekalipun harganya masih terkawal.

Sementara itu, kenaikan harga sayur dan ikan terutama di negeri terjejas banjir dijangka dapat diatasi dalam tempoh kurang tiga bulan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang dipetik berkata, kementerian telah mengimport bekalan sayur dan ikan dari negara jiran sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan dan menstabilkan semula harga.

“Pengeluaran makanan agak terjejas terutama apabila kawasan rendah (untuk penanaman sayur) dinaiki air. Bagaimanapun kita akan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi.

“Setakat ini harga masih terkawal kerana ramai tidak perlu membeli sayur kerana berada di pusat pemindahan. Cuma saya risau keadaan selepas ini apabila mereka sudah balik.

“Sebab itu kita telah arahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mula mengimport bekalan makanan dan sayuran,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong-Sinar Harian

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top