Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Keputusan Emma Maembong menamatkan hubungan cintanya dengan Zizan mengemparkan peminat mereka. Ada yang tidak percaya, ada juga yang menganggap itu semua gimik sahaja. Namun, kali ini Emma benar-benar serius kerana sudah merasakan tiada lagi jodoh dengan pelawak terkenal itu.

Sebelum ini, pernah dikhabarkan hubungan pasangan selebriti ini goyah. Tetapi kedua-duanya segera menafikan khabar angin itu. 

Bagaimanapun, Emma sudah tidak mampu bertahan lagi menyembunyikan rasa yang terbuku di hati lalu memuat naik sekeping gambar di laman Instagram yang memberikan hint bahawa hubungan dia dengan Zizan sudah berakhir. 

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang sweet tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” ujar Emma Maembong kepada wartawan.?

Tambahnya, hubungan mereka sudah lama goyah, namun baru-baru ini saja dia nekad untuk memutuskan hubungan cinta mereka.

“Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan netizen yang menggatakan dia seorang mata duitan, ini penjelasannya;

“Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya,” ujarnya - the hype media

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top