Gambar hiasan
Saya terdengar sebuah perbualan yang agak hangat sewaktu makan tengah hari... Diantara seorang pemuda yang berasal dari Kelantan dan seorang lelaki Sudan. Ianya agak ironi yang saya telah terduduk berhampiran meja yang hampir dengan mereka sedangkan apa yang saya mahu ialah menjauhi perbualan yang bersifat seperti ini.
Sudanese: Jadi sudahkah kamu melihat kampung kamu? Teruk kah?
Kelantanese: Air banjir sudah mencapai tahap pinggang. Saya tak boleh balik disebabkan naik bot pun tak dapat sampai rumah di kampung.
Sudanese: Maafkan saya. Saya berharap keluarga kamu ok. Tapi sebenarnya saya agak terkejut kamu tidak sekurangnya cuba balik lebih awal. Bila kamu bercadang ingin balik jumpa ibu kamu?
Kelantanese: Esok mungkin Insyaallah.
Sudanese: *Terdiam seketika* Kamu tidak rasa ianya agak ironi, untuk kamu makan bersama saya hari ini.. makan ikon salmon dan kentang putar.. sedangkan ibubapa kamu mungkin tidak makan apa-apa hari ini?
Kelantanese: Apa maksud kamu? Saya sudah cakap, tidak berguna biarpun saya cuba balik... saya tak boleh sampai pun ke kawasan itu disebabkan banjir.
Sudanese: Saya tidaklah begitu arif tentang adat dan budaya orang kamu... namun apabila Sudan mengalami banjir besar pada tahun lepas.. hampir semua orang cuba pulang ke kampung halaman masing-masing. Tapi kamu masih disini, menikmati makanan yang agak mewah. Sedangkan dalam masa yang sama kamu juga mengutuk Perdana Menteri kamu sendiri kerana kononnya dia bermain golf sewaktu negara kamu dilanda banjir.
Kelantanese: Dia merupakan Perdana Menteri.. Dia ada tanggungjawab dia pada rakyat dia.. pada negara dia.. dan pada negeri-negeri dibawah dia..
Sudanese: Dan kamu bukan ketua kepada keluarga kamu? Adik perempuan kamu dan adik lelaki kamu tidak perlukan kamu diwaktu sebegini sedangkan kamu masih lagi boleh menikmati ikan salmon?
Kelantanese: Saya ada adik beradik yang lain yang tengok-tengokkan dan jaga keluarga saya.
Sudanese: Dan Perdana Menteri kamu tidak mempunyai menteri-menteri lain yang dikhaskan untuk menguruskan masalah banjir? Dia sudah pulang dan cuba pergi ke kawasan-kawasan yang ditenggelami banjir biarpun dia tahu dia juga susah untuk masuk ke kawasan-kawasan tersebut, manakala orang-orang seperti kamu, yang ada tanggungjawab pada ahli keluarga kamu sendiri masih boleh makan ikan salmon di kafe mewah seperti ini. Bukankah itu tidak ubah seperti meludah ke langit?
Satu perbualan yang amat menarik. Yang kemudiannya berakhir dengan dengan ikan salmon tersebut tidak dihabiskan, dengan satu pihak berlalu pergi dan satu pihak lagi kelihatan amat marah. Pemuda kelantan tersebut siap menjengkil mata.
Ironi kehidupan..
1. Kita mahu semua orang melakukan kerja dengan bagus... namun kita lupa tanggungjawab kita sendiri.
2. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai kepada suami/isteri/ibu/bapa/anak-anak namun kita mengharapkan orang lain menjaga mereka sewaktu kita tidak ada disisi.
3. Kita percaya bahawa pemimpin dipilih oleh rakyat dan meletakkan diatas bahu mereka tanggungjawab yang banyak, namun kita juga lupa kita juga ketua pada ahli keluarga kita sendiri dan kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
4. Kita mahukan perubahan namun kita tidak mengubah diri sendiri.
Betapa ironi.. sesungguhnya..
![]() |
|||


